Wednesday, 27 March 2013

Sah Ke Solat Kita Jika Kita Memakai Produk Yang Mengandungi Alkohol?

Assalammualaikum! Apa khabar korang sume hari ni? Ha! Hri ni, saye nk cite sikit pasal tajuk kat atas tuh. Kadang2, kite was2kan nk guna produk yg ade alkohol lagi2 kalau nk g bwk masuk solat... Saye pown same.. Takut gak tk sah solat.. Utk pengetahuan sume, sume bende yg kite pakai untuk penjagaan diri kita macam sabun, syampu, ubat gigi, krim muka/badan, ubat wangi, pencuci muka, deodorant dan etc. sume ade ALKOHOL. 


Gambar Google


Jadi, kalau korang nk tahu, pemakaian ALKOHOL di dalam produk penjagaan diri kita adalah HARUS! Ingat tu! Sepertimana yang dikatakan oleh Prof. Madya Dr Mamot Bin Said di http://edificatory.rssing.com/chan-1394714/all_p30.html,
"Asm, Sebelum saya memberi pandangan, biar dulu saya nyatakan apakah itu alcohol denat dan cetyl alcohol dan istilah alcohol dalam ilmu kimia organik berbanding dalam ilmu fiqah. Dalam bidang kimia organic (organic chemistry), alkohol adalah sebarang sebatian organik yang mempunyai gugusan hydroxyl (-OH) didalam struktur molekulnya. Formula umum adalah R-OH. Ada yang mempunyai satu gugusan -OH, ada yang dua dan ada yang >2 yang dipanggil polyols. Sebaliknya dalam ilmu fiqah, alkohol (alkohl dlm bahasa Arab) adalah ethanol (CH3CH2OH) yang terhasil daripada penapaian (fermentation) gula (glucose). Ethanol memang memabukkan. Manakala alcohol denat bermaksud "denatured alcohol". Dalam kes ini alkohol (ethanol) telah dicampur dengan bahan lain agar ia tak boleh diminum. Oleh itu ia tak memabukkan sebab tak boleh dimakan. Maka hukum menggunakan alcohol denat dalam produk kosmetik adalah harus! Manakala cetyl alcohol adalah fatty alcohol - iaitu alkohol (R-OH) yang dihasilkan dengan menghidrogenkan (hydrogenation) palmitic acid (CH3(CH2)15OH). Oleh itu ia bukanlah ethanol, justeru harus digunakan. Wassalam".

Okay? Korang faham sekarang? Tpi, ada juga sesetengah orang yang mengatakan ALKOHOL itu 'NAJIS' dan tidak blh dibawa kedalam solat. SEBENARNYA, ALKOHOL BUKAN NAJIS! Faham?.. Kenapa ALKOHOL bukan 'NAJIS'? Untuk pengetahuan lanjut, baca maklumat dibawah ini.

Merujuk Kepada:-
  1. Fatwa Majlis Kebangsaan, ubat - ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan, yakni DIHARUSKAN penggunaannya.
  2. Lembaga Fatwa Al Azhar berpendapat bahawa alkohol itu TIDAK NAJIS manakala arak tetap najis. (so alcohol[bukan arak] boleh dibawa masuk dalam solat? Who knows)
  3. Fatwa almarhum Syeikh Sya’rawi (rh) dalam kitabnya ” Anta Tas al Wa Islam Tujib ” menjelaskan bahawa :” Memakai perfume yang mengandungi alkohol HALAL
  4. Menurut Kitab ” Al Fiqh Al Muzaahibil Arba’ah” dalam bab ” An Najaasaat” juzu’ 1menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar tahan lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah HARUS.
  5. Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang masyhur iaitu ” Tafsir Al Manar ” menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS dan penggunaannya dalam minyak wangi diBOLEHKAN atas dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang kenajisannya.
Jadi, pada pendapat saya, ALKOHOL boleh dibawa masuk solat kerana ia bukannya 'NAJIS'. Sebenarnya, yang menyebabkan ALKOHOL menjadi 'NAJIS' adalah kerana ianya telah dicampurkan oleh bahan2 yang lain untuk dijadikan minuman yang boleh memabukkan iaitu ARAK. Jdi, logik akal sikit. Kalau ALKOHOL adalah 'NAJIS', maknanya, bahan2 yang digunakan didalam ARAK tuh sumenye 'NAJIS' lah? Dalam ARAK tuh ade GULA.. Jadi GULA tuh 'NAJIS' lah? Takkan?... Jadi, kesimpulannya disini adalah, ALKOHOL bukannya 'NAJIS' yang dikata2kan oleh orang. Yang sebenarnya, ARAK adalah 'NAJIS' kerana ia blh menyebabkan orang mabuk. ALKOHOL didalam produk penjagaan diri/kosmetik BOLEH dibawa SOLAT kerana ALKOHOL telah dicampurkan dengan bahan2 kimia dan ianya tidak memabukkan kerana tidak boleh diminum. Sekarang Anda Tahu!

Kalau ada apa2 feedback ataupun pertanyaan ataupun pertambahan ataupun pembetulan, jangan segan-silu, komen saja kat bawah tuh. Insya-Allah saya akan balas dgn secepat yg mungkin. Wallahualam.

SUMBER:

1. http://theotherkhairul.blogspot.com/2009/02/ketiadaan-otak.html
2. http://edificatory.rssing.com/chan-1394714/all_p30.html

P/S: 
 Sebelum itu, korang kena pastikan produk yang korang gunakan itu tak mengandungi elemen-elemen dari haiwan. Wallahua'lam. Saya hanya insan yang mahu berkongsi ilmu. Maaf jika ada perkara yang tidak tepat. Silalah beri teguran kepada saya. Wassalam.

Thankx For Reading :D

Tuesday, 26 March 2013

TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN 101: Oat Scrub!

Assalammualaikum dan Hai! Saya bru balik dri hospital.. Alhamdulillah saya okay.. Hari ni saya nk kongsikan cara saya menjaga kulit dan muka saya! Tak sabar rase nye! HAHAHAHHA! Okay.. Rahsianye adalah... OAT SCRUB!!


Tak payah banyak2 barang! OAT jewr... Tk kisah oat ape2 pown asalkan oat yang pure punye dan tk campur dgn bende2 lain. :D Okay.. Sambung cite..

BAHAN2 YANG DIPERLUKAN
1 Genggam Oat
Air suam
Span Pencucui muka/ kain lap muka

CARA2NYA
1. Basuh muka korang guna cleanser yang korang suka guna. Then, basahkan span pencuci muka/ kain lap muka korang dalam air suam dan tekapkan/lapkan pada muka korang. (Dengan cara ini, ia boleh membuka semua pori-pori kecil atas muka kita).
2. Ambil 1 genggam oat dan letakkannya kedalam sebuah cawan dan letak 3-5 titik air suam kedalamnya sampai oat ada keluar cecair macam putih2 sikit (JANGAN CAIR SANGAT). Kacau guna jari (CUCI TANGAN BERSIH2) dan apply pada muka korang.
3. Urut muka korang menggunakan cara yang sama macam mana korang urut muka korang masa cuci muka korang masa guna cleanser. Urut selama lebih kurang 2-3 minit (1 minit pown jewr boleh). Kemudian, biarkan selama 3-5 minit.
4. Lap muka korang dengan span muka/kain lap muka korang. Bila oat tu dah takde kat muke korang, bilas dengan air suam. Lepas cuci dgn air suam, bilas sekali lagi dgn air sejuk (normal jewr.. Air paip biase) untuk tutup semua pori2 korang.
5. Jangan lap muka guna tuala!! Biarkan je air tu kering sendiri!! (Supaya muka korang boleh hydrate air kat muka tu dan muka kowang akan dimosturizekan secara semula jadi). Kalau tak pown, tepuk2 muka korang sampai air tu hilang.. JANGAN LAP GUNA TANGAN PULAK! Then, pakai mosturizer korang. DAH SIAP! :D

KESANNYA
Muka jadi lebih cerah dan bertenaga serta bersinar (glowing :P) CANTEK!

Scrub ni sesuai digunakan untuk orang2 yang ade masalah kulit, terutamanya kulit yang banyak jerawat merah2 tuh.. Gunakan sekurang2nye 2-3 kali seminggu. Boleh guna 1 kali je sehari! Gunakan pada waktu pagi atau petang. Tpi, saya syorkan guna pada waktu petang :) Insya-Allah boleh baik. Oat ni juga telah disahkan oleh pakar2 dermatologi bahawa ia sangat bagus untuk proses membaik pulih kulit. Jadi, sape2 nk guna tuh, boleh la guna ek! Okaylah.. Sampai situ je warkah saya hari ni.. Nnti saya kongsi yang lain pulak ek! Kalau ade ape2 soalan, jangan segan silu.. Komen jewr kat bawah tuh! Saya akan bls dgn secepat yg mungkin! BYE BYE! Wassalam.

WARNING
Kalau korang rase klit dan muka korang tk sesuai dgn OAT, BERHENTI GUNAKANNYA LAGI! Okay?!
Thankx For Reading :D

Sunday, 24 March 2013

Ca-JangMyeon (자장면) ?? Stoking K-pop??

Assalammualaikum pembuka kata, apa khabar semua disana? Hai! Saya Dani! Nice to meet you guys :) Okay.. Alang2 dh bukak blog sendiri ni, saya nk kongsi cite sikit... Ha! Haritu, saya dang keluarga kesayangan saya ni pergilah menjamu selera kat satu kedai Korea nih.. Memang pack GILE! Tpi, nasib baik dapat meja 'cause mak ngan ayah saya pandai ckp bahasa Korea (jealous... :P) Nama kedai tu adalah SWEETREE!


Dah selalu datang situ.. Tiap2 kali datang situ mesti order 'Dol-Sot Bi Bim Pap'.. Memang terbaik!! Kali nih nk tukar menu lak lah! Order lah 'Ca-JangMyeon'.. Boleh lah... Kalau kowang nak tau camne rase nye, rase lah sendiri ek... Harga pown berpatutan..




Ha! Lagi satu! Kan dekat tajuk tuh ade cakap pasal stoking kpop? Hahahaha.. Saya ni bukanlah peminat sangat kat kpop2 nih.. Sikit2 jewr lah... Alang2 Jumaat ni nk g bercuti kat Gold Coast Morib, kiteorang pown belilah stoking kpop tuh sorang satu tempua kat SWEETREE tuh ada jual! Hahahaha.. (Saya ada 6 adik beradik :D) Boleh la stoking tu cantek lah gak.. Tpi tk try agih.. Nk tunggu dulu sbb nk pakai lepas mandi2 kat Gold Coast Morib XD...
                                         Cube teka saya punye mana satu.. Hehehehe

Okaylah.. Sampai disitu sahaja warkah saya buat hari ini.. Huuhuhuhuh.. Tak pe... Jap agih kite sambung! YEAY!

p/s:-
 Kedai SWEETREE ni 100% HALAL tau! Terjamin!! Terbaek!



Thankx For Reading :D