Tak payah banyak2 barang! OAT jewr... Tk kisah oat ape2 pown asalkan oat yang pure punye dan tk campur dgn bende2 lain. :D Okay.. Sambung cite..
BAHAN2 YANG DIPERLUKAN
1 Genggam Oat
Air suam
Span Pencucui muka/ kain lap muka
CARA2NYA
1. Basuh muka korang guna cleanser yang korang suka guna. Then, basahkan span pencuci muka/ kain lap muka korang dalam air suam dan tekapkan/lapkan pada muka korang. (Dengan cara ini, ia boleh membuka semua pori-pori kecil atas muka kita).
2. Ambil 1 genggam oat dan letakkannya kedalam sebuah cawan dan letak 3-5 titik air suam kedalamnya sampai oat ada keluar cecair macam putih2 sikit (JANGAN CAIR SANGAT). Kacau guna jari (CUCI TANGAN BERSIH2) dan apply pada muka korang.
3. Urut muka korang menggunakan cara yang sama macam mana korang urut muka korang masa cuci muka korang masa guna cleanser. Urut selama lebih kurang 2-3 minit (1 minit pown jewr boleh). Kemudian, biarkan selama 3-5 minit.
4. Lap muka korang dengan span muka/kain lap muka korang. Bila oat tu dah takde kat muke korang, bilas dengan air suam. Lepas cuci dgn air suam, bilas sekali lagi dgn air sejuk (normal jewr.. Air paip biase) untuk tutup semua pori2 korang.
5. Jangan lap muka guna tuala!! Biarkan je air tu kering sendiri!! (Supaya muka korang boleh hydrate air kat muka tu dan muka kowang akan dimosturizekan secara semula jadi). Kalau tak pown, tepuk2 muka korang sampai air tu hilang.. JANGAN LAP GUNA TANGAN PULAK! Then, pakai mosturizer korang. DAH SIAP! :D
KESANNYA
Muka jadi lebih cerah dan bertenaga serta bersinar (glowing :P) CANTEK!
Scrub ni sesuai digunakan untuk orang2 yang ade masalah kulit, terutamanya kulit yang banyak jerawat merah2 tuh.. Gunakan sekurang2nye 2-3 kali seminggu. Boleh guna 1 kali je sehari! Gunakan pada waktu pagi atau petang. Tpi, saya syorkan guna pada waktu petang :) Insya-Allah boleh baik. Oat ni juga telah disahkan oleh pakar2 dermatologi bahawa ia sangat bagus untuk proses membaik pulih kulit. Jadi, sape2 nk guna tuh, boleh la guna ek! Okaylah.. Sampai situ je warkah saya hari ni.. Nnti saya kongsi yang lain pulak ek! Kalau ade ape2 soalan, jangan segan silu.. Komen jewr kat bawah tuh! Saya akan bls dgn secepat yg mungkin! BYE BYE! Wassalam.
WARNING
Kalau korang rase klit dan muka korang tk sesuai dgn OAT, BERHENTI GUNAKANNYA LAGI! Okay?!
No comments:
Post a Comment