Wednesday, 27 March 2013

Sah Ke Solat Kita Jika Kita Memakai Produk Yang Mengandungi Alkohol?

Assalammualaikum! Apa khabar korang sume hari ni? Ha! Hri ni, saye nk cite sikit pasal tajuk kat atas tuh. Kadang2, kite was2kan nk guna produk yg ade alkohol lagi2 kalau nk g bwk masuk solat... Saye pown same.. Takut gak tk sah solat.. Utk pengetahuan sume, sume bende yg kite pakai untuk penjagaan diri kita macam sabun, syampu, ubat gigi, krim muka/badan, ubat wangi, pencuci muka, deodorant dan etc. sume ade ALKOHOL. 


Gambar Google


Jadi, kalau korang nk tahu, pemakaian ALKOHOL di dalam produk penjagaan diri kita adalah HARUS! Ingat tu! Sepertimana yang dikatakan oleh Prof. Madya Dr Mamot Bin Said di http://edificatory.rssing.com/chan-1394714/all_p30.html,
"Asm, Sebelum saya memberi pandangan, biar dulu saya nyatakan apakah itu alcohol denat dan cetyl alcohol dan istilah alcohol dalam ilmu kimia organik berbanding dalam ilmu fiqah. Dalam bidang kimia organic (organic chemistry), alkohol adalah sebarang sebatian organik yang mempunyai gugusan hydroxyl (-OH) didalam struktur molekulnya. Formula umum adalah R-OH. Ada yang mempunyai satu gugusan -OH, ada yang dua dan ada yang >2 yang dipanggil polyols. Sebaliknya dalam ilmu fiqah, alkohol (alkohl dlm bahasa Arab) adalah ethanol (CH3CH2OH) yang terhasil daripada penapaian (fermentation) gula (glucose). Ethanol memang memabukkan. Manakala alcohol denat bermaksud "denatured alcohol". Dalam kes ini alkohol (ethanol) telah dicampur dengan bahan lain agar ia tak boleh diminum. Oleh itu ia tak memabukkan sebab tak boleh dimakan. Maka hukum menggunakan alcohol denat dalam produk kosmetik adalah harus! Manakala cetyl alcohol adalah fatty alcohol - iaitu alkohol (R-OH) yang dihasilkan dengan menghidrogenkan (hydrogenation) palmitic acid (CH3(CH2)15OH). Oleh itu ia bukanlah ethanol, justeru harus digunakan. Wassalam".

Okay? Korang faham sekarang? Tpi, ada juga sesetengah orang yang mengatakan ALKOHOL itu 'NAJIS' dan tidak blh dibawa kedalam solat. SEBENARNYA, ALKOHOL BUKAN NAJIS! Faham?.. Kenapa ALKOHOL bukan 'NAJIS'? Untuk pengetahuan lanjut, baca maklumat dibawah ini.

Merujuk Kepada:-
  1. Fatwa Majlis Kebangsaan, ubat - ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan, yakni DIHARUSKAN penggunaannya.
  2. Lembaga Fatwa Al Azhar berpendapat bahawa alkohol itu TIDAK NAJIS manakala arak tetap najis. (so alcohol[bukan arak] boleh dibawa masuk dalam solat? Who knows)
  3. Fatwa almarhum Syeikh Sya’rawi (rh) dalam kitabnya ” Anta Tas al Wa Islam Tujib ” menjelaskan bahawa :” Memakai perfume yang mengandungi alkohol HALAL
  4. Menurut Kitab ” Al Fiqh Al Muzaahibil Arba’ah” dalam bab ” An Najaasaat” juzu’ 1menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar tahan lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah HARUS.
  5. Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang masyhur iaitu ” Tafsir Al Manar ” menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS dan penggunaannya dalam minyak wangi diBOLEHKAN atas dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang kenajisannya.
Jadi, pada pendapat saya, ALKOHOL boleh dibawa masuk solat kerana ia bukannya 'NAJIS'. Sebenarnya, yang menyebabkan ALKOHOL menjadi 'NAJIS' adalah kerana ianya telah dicampurkan oleh bahan2 yang lain untuk dijadikan minuman yang boleh memabukkan iaitu ARAK. Jdi, logik akal sikit. Kalau ALKOHOL adalah 'NAJIS', maknanya, bahan2 yang digunakan didalam ARAK tuh sumenye 'NAJIS' lah? Dalam ARAK tuh ade GULA.. Jadi GULA tuh 'NAJIS' lah? Takkan?... Jadi, kesimpulannya disini adalah, ALKOHOL bukannya 'NAJIS' yang dikata2kan oleh orang. Yang sebenarnya, ARAK adalah 'NAJIS' kerana ia blh menyebabkan orang mabuk. ALKOHOL didalam produk penjagaan diri/kosmetik BOLEH dibawa SOLAT kerana ALKOHOL telah dicampurkan dengan bahan2 kimia dan ianya tidak memabukkan kerana tidak boleh diminum. Sekarang Anda Tahu!

Kalau ada apa2 feedback ataupun pertanyaan ataupun pertambahan ataupun pembetulan, jangan segan-silu, komen saja kat bawah tuh. Insya-Allah saya akan balas dgn secepat yg mungkin. Wallahualam.

SUMBER:

1. http://theotherkhairul.blogspot.com/2009/02/ketiadaan-otak.html
2. http://edificatory.rssing.com/chan-1394714/all_p30.html

P/S: 
 Sebelum itu, korang kena pastikan produk yang korang gunakan itu tak mengandungi elemen-elemen dari haiwan. Wallahua'lam. Saya hanya insan yang mahu berkongsi ilmu. Maaf jika ada perkara yang tidak tepat. Silalah beri teguran kepada saya. Wassalam.

Thankx For Reading :D

13 comments:

  1. Thanks for this useful infomation. :D

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih untuk info ini... Semoga Ilmu yang bermanfaat ini akan dapat membantu ukhti (kakak) ke Jannah.. Amin Ya Rabbal A'lamin...

    ReplyDelete
  3. Maaf nk tanya . Boleh kah pkai losyen mustajab sebelom solat? Sah x solat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tk sah solat...jika tk berwuduk...😊😊

      Delete
  4. Kalau kita guna minyak rambut beralkohol dan ada sisa minyak rambut tersebut pada tangan dan kita ambil makanan dan masukan kedalam mulut macam mana pula ?

    ReplyDelete
  5. Camne plak dgn wine extract?kira alkohol jgak ke?

    ReplyDelete
  6. thank you for the info! was freaking out bruh i just bought a body mist and found it has alcohol denat 😂

    ReplyDelete
  7. Salam..tumpang lalu..saya ada jual perfume..pernah dengar Natasha Cyc Perfumes Company?..pm Fb saya Azrul Adamie Sarah utk pertanyaan lanjut..trima kasih

    ReplyDelete
  8. Hai, sy baru beli skrub wajah dari jepun yg mengandungi alkohol, tetapi bukan alkohol denat, so boleh ke sy guna skrub wajah tu ?

    ReplyDelete
  9. Alcohol denat tak bahaya kan

    ReplyDelete