Sunday, 28 April 2013

TIPS KESIHATAN & KECANTIKAN 101: Aloe Vera @ Lidah Buaya

Assalammualaikum dan Hai korang semua! Apa khabar? Dah 1 bulan tak buka blog ni. Rindulah pulak kan. Okay. Hari ni saya nak kongsikan pada korang cara-cara penjagaan muka yang saya lakukan setiap hari. Tak susah. Senang je. Bahan utama yang anda perlukan adalah...... (drum...drum...drummmm)....
ALOE VERA @ LIDAH BUAYA!!

Gambar Google


Gambar Google
Pokok Aloe Vera ataupun bahasa melayunya Pokok Lidah Buaya mempunyai banyak khasiat dan penggunaannya. Nama lain untuk Aloe Vera @ Lidah Buaya ni adalah 'The Miracle Plant'. Pelbagai penyakit yang boleh sembuh hanya dengan menggunakan Aloe Vera @ Lidah Buaya ni. 

Untuk dipakai, kita mestilah mengeluarkan gel nya daripada pokoknya. Tapi, sekarang dah moden. Beli je kat Watson ke, Gurdian ke Tesco ke mana-mana je lah.

Selalunya, orang pakai Aloe Vera Gel ni untuk pulihkan 'Sunburn'. Korang ingat boleh pulihkan Sunburn je ke??? Boleh guna untuk benda lain lah!!

Kalau korang nak tahu, Aloe Vera Gel sesuai digunakan sebagai 'Mosturizer'. Memang best! Lagi-lagi, kalau pakai masa dia sejuk. Memakai Aloe Vera gel sebagai mosturizer pun boleh menolong kita mengurang minyak pada muka kita (pada sesiapa yang mempunyai jenis kulit yang berminyak). Dulu, saya punya muka memang berminya (XTREME)! Kalau balik dari sekolah je, muka hitam. Sebab minyak tulah! HISH! Tapi, lepas saya guna Aloe Vera Gel, minyak kat muka memang kurang! Taklah hilang terus minyak tu... Dia mengelakkan muka saya daripada berminyak terlalu (XTREME).. Kalau pakai selalu, Insya-Allah, dengan izin Allah, muka korang yang berminyak sangat tu, boleh hilang perlahan-lahan.

Kalau akak-akak, makcik-makcik yang suka pakai make-up tu, baik akak dan makcik semua pakai Aloe Vera Gel sebagai mosturizer. Kadang-kadang, masa korang pakai make-up, minyak kat muka korang keluar lepas tu make-up korang akan jadi macam dull sikit. Tapi, Aloe Vera Gel akan menolong mengawal minyak dari muka tu daripada keluar banyak sangat. Dan, kan orang selalu kata, kalau pakai make-up banyak sangat, muka boleh cepat jadi tua.. Kesian.. Jadi, inilah SOLUTION nye. Aloe Vera Gel juga boleh menganjalkan dan menjaga kulit muka kita supaya tak senang berkedut dan sentiasa kelihatan muda (kalau guna setiap hari lah).

Jadi?? Nak tukar mosturizer ke?? Kalau korang nak tahu, 9 daripada 10 product mosturizer mempunya lbahan kimia yang membahayakan kulit kita. Jadi, kalau nak lebih selamat, gunalah Aloe Vera Gel. Tapi, ingat!! Cari yang 99% atau 100% GEL!! Kalau guna gel, mosturizer tu senang nak apply. Aloe Vera Gel juga sesuai digunakan oleh semua jenis kulit. 

Kalau nak hilangkan benda-benda hitam bawah mata tu pun, boleh guna Aloe Vera Gel juga. Sapu dekat bawah mata korang. Kalau korang guna selalu, Insya-Allah, boleh hilang. Tapi, saya ada satu tip yang paling berguna. Kalau nak muka korang rasa macam lebih segar lepas pakai mosturizer tu, letakkan Aloe Vera Gel tu dalam peti ais. Bila nak guna, keluarkan je. Lepas tu, masukkan balik. SEGAR BEST!!

Saya syorkan korang beli yang jenis dan jenama ni. Selmat tau! Semua tempat jual. Farmasi, Giant, Tesco, Carrefour, Jusco, semua ada!

Fruit of The Earth : Aloe Vera 100% Gel

Jadi? Apa macam? Kalau nak tanya apa-apa, boleh post dekat komen. Insya-Allah saya akan balas secepat yang mungkin. Bye korang!! Nak pergi tengok SlugTerra XD

Thankx For Reading :D

25 comments:

  1. kulit muka saya mengupas teruk sbb pakai produk yg xsesuai dgn muke..ada cadangan x cara nak pulihkn wajah dgn cpt

    ReplyDelete
  2. Hai! Selalunya muka yang mengelupas dengan teruk ni disebabkan kesan yang ditinggalkan oleh bahan kimia di dalam produk yang kita gunakan. Pada pendapat saya, sesuai kalau guna Aloe Vera dan Bedak Sejuk. Bedak Sejuk adalah sesuatu bahan yang asli untuk penjagaan muka yang diwarisi oleh nenek moyang kita. Bedak sejuk juga tidak mengandungi bahan-bahan kimia. Ia boleh membantu menyejukkan, menghilangkan minyak, mencerahkan dan memutihkan muka. Aloe Vera pula tugasnya adalah untuk menukar sel-sel kulit mati kepada sel-sel kulit baru. Mengelupas juga adalah disebabkan kekeringan kulit yang teramat disebebkan bahan kimia tersebut. Jadi, menggunakan Bedak sejuk dan Aloe Vera boleh menyejukkan kawasan muka sekaligus memberikan kelembapan kepada kulit.Dengan cara ini, pengelupsan di muka kamu boleh beransur pulih sedikit demi sedikit. Tidak lama lagi, saya akan 'post' artikel tentang bedak sejuk dan cara penggunaannya. Jika tidak, kamu boleh menanya 'Uncle Google' tentang Bedak Sejuk ini :) Hahaha.. Sekian.

    ReplyDelete
  3. boleh bagi cara nak guna tak.. pakai kapas ker mcm mana..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah,,berkesan sangat..mula saya beli untuk menghilangkan sunburn tetapi ianya juga menghilabgkan kesan jerawat..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah,,berkesan sangat..mula saya beli untuk menghilangkan sunburn tetapi ianya juga menghilabgkan kesan jerawat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak, nak tanya produk fruit of the earth kan takde tanda halal. So I was unsure of its ingredient status, boleh dipakai ke idok. I hope that you can help sebab im so jahil bout beauty product ingredient halal status keke

      Delete
  6. Hai awak, nak tanya produk fruit of the earth kan takde tanda halal. So I was unsure of its ingredient status, boleh dipakai ke idok. I hope that you can help sebab im so jahil bout beauty product ingredient halal status keke

    ReplyDelete
  7. jenama guardian yang warna putih hijau tu pun okay kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far i pakai oke.. jerawat kurang.. kecut kan jerawat baru tumbuh.. tp susah nak jmpe jorubi tu.. so pakai yg ni plak 😂

      Delete
    2. so far i pakai oke.. jerawat kurang.. kecut kan jerawat baru tumbuh.. tp susah nak jmpe jorubi tu.. so pakai yg ni plak 😂

      Delete
  8. I GUNA ALOE VERA 92% BEST SSANGT MEH LA GUNA UTK MOITURE, PARUT N MCM2 LAGI LA X DIRAGUI KLU GUNA NATURAL PUNYA BARANG ...I BELI NGN KWN MURAH KOT SKLI NGN POSTAGE RM30 JER ..CEPAT DAN SENANG X YAH NK G KEDAI .. JAP KLU SSAPA NK I BG NO DYE WS JER TNYE 01152897268 yang ni jenama natural republic..terkenal jugak

    ReplyDelete
  9. I GUNA ALOE VERA 92% BEST SSANGT MEH LA GUNA UTK MOITURE, PARUT N MCM2 LAGI LA X DIRAGUI KLU GUNA NATURAL PUNYA BARANG ...I BELI NGN KWN MURAH KOT SKLI NGN POSTAGE RM30 JER ..CEPAT DAN SENANG X YAH NK G KEDAI .. JAP KLU SSAPA NK I BG NO DYE WS JER TNYE 01152897268 yang ni jenama natural republic..terkenal jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kwn awak tu ad fb atau ig yg dia jual produk aloe vera nature republic

      Delete
  10. Hai salam. Aloe vera ni boleh rawat kedutan yg sedia ada tak? Kalau mencegah tu ye boleh. Cth utk kulit wanita 30an yg kulit dah pun berkedut. Boleh hilang ke kedutan dia secara berperingkat?

    ReplyDelete
  11. Hai salam. Aloe vera ni boleh rawat kedutan yg sedia ada tak? Kalau mencegah tu ye boleh. Cth utk kulit wanita 30an yg kulit dah pun berkedut. Boleh hilang ke kedutan dia secara berperingkat?

    ReplyDelete
  12. Boleh x klau sya nk pkai aloevera gel ni sblum pkai krim malam skincare..? Boleh dicampurkan ke..?

    ReplyDelete
  13. Muka burn boleh pakai ke aloevera ni

    ReplyDelete
  14. Skrg pakai aloevera ni tp rasa macam pedih lepas sapu. Kenapa eh? Pastu rasa macam kulit sy makin gelap

    ReplyDelete
  15. bole hilang kan parut ngandong x sis?

    ReplyDelete
  16. bole hilang kan parut ngandong x sis?

    ReplyDelete
  17. Bila waktu yang sesuai untuk pakai?

    ReplyDelete
  18. Hi mau tanya kalau untuk menghilangkan alergi ketombe pada kepala bisa atau tidak?

    ReplyDelete
  19. 4x8 sheet metal prices near me
    3X8 sheet metal prices near me. apple watch titanium vs aluminum I bought a titanium trim hair cutter cheap copy winnerwell titanium stove of the last week, and it works. titanium post earrings $10 off a used card, with 8-sided (8-sided) sheets. titanium pipe

    ReplyDelete