Idlan: Mama, mama. Tengok Irfan ni! Dia cerita dekat Ilan cerita hantu! Ilan takutlah! Tak nak duduk tepi lah! Dekat dengan tingkap!
Irfan: Ek eleh! Poyo sangat! Mana ada apa-apa! Penakut!
Idlan: Kau duduk dekat tengah-tengah! Kau lah yang penakut!
Mama: Korang ni gaduh je tahu! Tak payah nak takutlah! Orang yang selalu cerita dekat orang cerita-cerita hantu ni lah hantu semua suka, tau?!
Idlan & Irfan: *diam*
Saya: Betul3!
Okay2. Sampai sini je conversationnya.. Nak cite panjang2 takut sampai esok tak habis korang baca post saya ni.. Korang pernah nampak hantu?? Takut tak?? Kalau korang takut jangan baca post ni sampai habis takut nanti terkencing pulak. Hari ni, saya nak ceritakan dekat korang semua apa yang Irfan cerita dekat Idlan sampai dia takut sampai macam tu sekali. Hahahaha.. Sebenarnya, saya dengan Mama pun join cite-cite sekali sebelum keluar rumah semalam. Hahahaha... Seram juga nak ceritakan balik. Apa-apa pun, kita jangan takut dengan hantu kerana itu semua SYAITAN, JIN DAN IBLIS. Kita WAJIB takut hanya pada ALLAH S.W.T kerana dia yang PALING BERKUASA didalam alam semesta ni. Tawakal kepada ALLAH S.W.T.. Okay, berbalik kepada tajuk sebenar. Jom sambung cite!! Semua cerita ni benar dan tiada tambahan2 ataupun tipu2an. TIDAK DICETAK ROMPAK! (Cume, saya akan gunakan nama orang lain je).
CERITA 1
Rahim sedang tidur dengan nyenyak sekali. Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi tapi Rahim tidak pun mencelikkan matanya walaupun sekali. Tiba-tiba, telifon bimbitnya berdering *kering...kering...kering..*..
Rahim tidak mempedulikan bunyi itu. Kali ke-2,3,4,5,6,7,8,9 'AAAAAAAAAAAAHHH!! Kali ke-10, Rahim akhirnya mencelikkan matanya dan segera mencapai telefon bimbitnya.
Rahim: Assalammualaikum. Siapa ni?
Dahlan: Aku ni. Kau baru bangun tidur ke?
Rahum: Tak delah. Tengah bermimpi.
Dahlan: Hish kau ni! Nak gurau pun tengok2lah!
Rahim: Pehal call pagi2 buta ni? Ganggu je. Aku tengah mimpi sedap2, kau kacau aku.
Dahlan: Sorrylah, bro. Ni, aku ada cerita ni. Kau jangan terkencing pulak.
Rahim: Cepatlah cerita. Aku tengah ngantuk ni!
Dahlan: Semalam, aku dengan kakak aku otw balik rumah. Kita orang dari (sorry ek.. Saya tak ingat) nak balik ke rumah. Kitaorang nak sampai cepat sebab dah lewat malam so kitaorang decided nak ikut shortcut. Ikutlah shortcut tu. Shortcut tu dahlah takde lampu pastu gelap gelita. Lengang betul, bro jalan nya!
Rahim: Malam2 memanglah jalan lengang. Cepatlah sambung!
Dahlan: Tengah-tengah drive tu, sajalah aku tengok side mirror. Aku terkejut gila, bro! Serious nak terkencing! Aku nampak pocong dekat side mirror aku. Terus aku pecut! Kakak aku asyik takut je. Aku yang laki ni pun dah menggigil tangan, lutut. Aku checklah side mirror aku balik. Pocong tu ada lag kat side mirror aku walaupun dah jauh dah aku pecut! Kalau ikutkan hati, nak je aku berhenti. Tangan aku ngan kaki aku dah sejuk gila, bro! Tapi, aku doa banyak2 pastu aku pecut je terus sampai balik rumah. Balik2 je aku & kakak aku terus demam. Memang dah serik dah kitaorang nak lalu situ lagi! Keras betul!
Rahim: Shortcut yang kau lalu tu memang keras. Dah banyak cerita dah. Orang nampak macam2. Pagi2 memang jam kat situ. Memang kawasan tu tempat yang selalu ada kemalangan. Jadi, macam2lah orang nampak.
Dahlan: Oooooo. Okaylah. Kau sambunglah tidur. Kesian kat kau. Aku pun ni tak sihat lagi.
Rahim: Okay. Nanti kita sambung. Aku doakan kau ngan kakak kau cepat baik. Selamat pagi. Assalammualikum.
Dahlan: Selamat pagi. Wassalam.
![]() |
Gambar Google |
CERITA 2
Syahir baru balik daripada (tak ingat kat mana) nak otw ke rumah. Syahir memandu keretanya di jalan yang selalu dilaluinya. Tiba-tiba, dia ternampak seorang perempuan di sebuah bus stop. Dia memberhentikan keretanya dan menyapa perempuan itu.
Syahir: Tengah tunggu siapa ni?
Perempuan: Tengah tunggu kawan.
Syahir: Nak balik ke?
Perempuan: A'ah. Sebab tu saya tengah tunggu kawan saya.
Syahir menanyakan dimana perempuan itu tinggal.
Syahir: Oh! Jalan kerumah awak sehala nak ke rumah saya. Saya boleh hantarkan awak. Lagipun, dah malam sangat ni. Kalau jadi apa2 pada awak macammana?
Perempuan: Hmmm.. Baiklah.
Perempuan itu memasuki kereta Syahir. Dia duduk di bahagian belakang. Syahir dan perempuan itu berbual sakan. Tiba-tiba, perempuan itu senyap. Syahir berasa hairan. Dalam masa yang sama, dia terbau benda yang amat busuk. Bila dia pandang belakang, perempuan itu sudah hilang. Syahir takut kalau-kalau perempuan itu terjun dari tingkat keretanya. Jadi, Syahir memberhentikan keretanya. Betul-betul didepan sebuah tasik (Nama tasik tu 'Tasik Biru' tak silap saya). Dia keluar daripada keretanya. Tiba-tiba, dia terdengar suara seorang perempuan sedang menggelak-gelak. Alangkah terkejutnya dia apabila dia ternampak seorang perempuan berambut panjang sedang duduk diatas bumubung keretanya. Tiba-tiba, hantu perempuan itu menerbangkan dirinya kearah tasik itu. Syahir bersa amat takut. Syahir memasuki keretanya dan terus pecut balik ke rumah. Syahir sudah trauma.
Apa macam? Seram tak? Saya pun seram gak dengar. Okaylah. Nak pergi makan. Lapar gegilaaa!! Assalammualaikum dan Selamat Makan!! :D